Para guru terdiri daripada Muslimat yang tinggal disekitar kampung Kuala Ibai , beberapa aspek akan dikenalpasti sebelum seseorang itu diambil sebagai guru PASTI .
Penekanan dari sudut persijilan tidaklah menjadi keutamaan dalam menilai seseorang guru bahkkan aspek keikhlasan , akhlak , ilmu dan sifat keperibadian seperti kasihkan anak - anak , berlemah lembutdalam tuturkata menjadi spesifikasi seseorang guru .
Latihan
Kursus - kursus jangka pendek juga diadakan untuk guru dan juga pihak pengurusan . Kebiasannya kursus ini ditadbir oleh pihak PASTI Pusat atau Negeri bagi memastikan kredibiliti pengurusan dan guru sentiasa meningkat .
Kod Etika
KOD ETIKA GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM(PASTI) | ||||||||||
PASTI AS-SYAKIRIN | ||||||||||
1. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka | ||||||||||
setia dan berguna dapat berkembang menjadi umat Islam serta warganegara yang dicontohi | ||||||||||
2. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan | ||||||||||
keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya. | ||||||||||
3. Guru haruslah berakhlak mulia supaya menjadi contoh yang baik/ 'role model' | ||||||||||
kepada muridnya dan juga ibu-bapa . | ||||||||||
4. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain dan perlulah membuat teguran | ||||||||||
yang berhemat dan bijaksana . | ||||||||||
5. Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan perkembangan sahsiah | ||||||||||
murid, agama dan masyarakat. | ||||||||||
6. Kerjasama sebagai satu keluarga (teamwork) mestilah diterapkan oleh setiap guru , | ||||||||||
sebarang permasalahan yang timbul perlulah dilihat secara positif dan rasional . | ||||||||||
7. Sebarang permasalah murid(ibu-bapa) ataupun guru , perlulah diajukan kepada Ajk. | ||||||||||
Tindakan sendirian amatlah ditegah supaya tidak timbul sebarang kesalahfahaman | ||||||||||
8. Sikap dalam melakukan kerja secara professional amat digalakkan dalam proses | ||||||||||
pembelajaran dan pengajaran . | ||||||||||
9. Guru tidaklah harus bertingkah laku kasar terhadap murid kerana kelakuan tersebut | ||||||||||
mampu memberikan kesan psikialogi kepada murid tersebut . | ||||||||||
10. Kesabaran yang tinggi serta disiplin dalam melakukan tugas guru perlulah menjadi | ||||||||||
keutamaan oleh setiap guru . | ||||||||||
11. Perbincangan diantara guru dan Ajk ketika mesyuarat merupakan kunci dalam | ||||||||||
penyelesaian sebarang persoalan ataupun permasalahan . | ||||||||||
12. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk hadir kemesyuarat Ajk PASTI ,sebarang | ||||||||||
permasalahan berkenaan kehadiran perlulah dilaporkan kepada Ajk (s/u),sikap bertolak | ||||||||||
ansur serta berlapang dada amatlah ditekankan . | ||||||||||
13. Perbincangan yang baik antara guru haruslah diamalkan , perbincangan mestilah | ||||||||||
berdasarkan seperti disiplin murid , program yang dianjurkan oleh PASTI Negeri dan | ||||||||||
lain-lain , silibus mengajar , pengurusan murid secara harian setiap pandangan | ||||||||||
mestilah diambil kira secara positif . | ||||||||||
14. Untuk perkara yang memerlukan tindakan segera , pihak guru haruslah memainkan | ||||||||||
peranan dan kemudiannya perlu dilaporkan kepada pihak Ajk . | ||||||||||
15. Sifat saling memahami dan menyayangi sesama guru perlulah disemai dalam setiap | ||||||||||
diri guru , sekiranya berlaku perselisihan faham, perlu dibawa berbincang secara baik . | ||||||||||
16.Guru perlulah memahami skop tugas masing-masing , sifat menuding jari amatlah , | ||||||||||
ditegah ,tugasan pihak guru akan ditentukan Ajk dan bukannya sesama guru ini bagi | ||||||||||
mengelakkan sebarang ketidakpuashati sesama guru . | ||||||||||
17. Sekiranya terdapat guru yang kurang memahami silibus pembelajaran , guru tersebut | ||||||||||
perlulah bertanyakan guru lain , pertanyaan dan jawapan yang berlemah lembut perlulah | ||||||||||
diamalkan . | ||||||||||
Amaran !! jauhi sifat-sihat mazmumah kerana ia punca utama kemusnahan sesama guru , | ||||||||||
jamaah mahupun Negara . | ||||||||||
0 comments:
Post a Comment