Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, December 11, 2011

Ucapan Pengerusi PASTI - Ihtifal 2011

Assalamualaikum w.b.t

Pertamanya marilah kita memanjatkan rasa syukur kita kepada Allah Taala diatas limpah kurnianya yang telah menganugerahkan kepada kita semua akan nikmat yang tak terhitung oleh kita .Salawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat .

Dikesempatan ini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa PASTI As-Syakirin yang telah banyak berkorban selama ini bagi merealisasikan cita-cita kita semua untuk melihat kejayaan anak – anak kita menjadi insan yang berguna suatu hari insyaAllah .

Tidak lupa juga kepada ibu – bapa yang telah member kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak – anak mereka agar menjadi anak – anak yang bertakwa dan tahan uji juga tidak mudah ditewaskan oleh anasir – anasir yang boleh merosakan kehidupan mereka insyaAllah .Ingin juga diucapkan khusus untuk para deramawan yang telah banyak menyokong dalam membantu kami menggerakkan pembangunan PASTI dengan lebih jayanya .

Disinilah PASTI as-syakirin mencuba sedaya upaya untuk menerapkan nilai – nilai murni serta didikan yang berlaraskan islam bagi menjadikan anak-anak kita agar telah terbiasa dengan didikan islam, sedari dari awal lagi . Hari ini maka marilah kita semua sama-sama merayakan sambutan hari ihtifal pada tahun ini dengan penuh rasa syukur dan bangga diatas kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak kita sepanjang bersama PASTI as-syakirin ini .

Kami juga mengalu – alukan pandangan serta cadangan bagi pihak kami untuk meningkatkan lagi prestasi pasti as-syakirin pada masa akan datang bagi menambahbaikan lagipada apa yang telah kami usahakan . Kini kami juga mengharapkan mudah – mudahan segala hasil usaha murni kami ini mendapat pertolongan serta bimbingan dari Allah Taala bagi meneruskan lagi kecemerlangan dan pencapaian yang lebih baik kepada generasi akan datang bagi melahirkan insane-insan yang berkualiti yang mampu menjadi asset yang berguna dan bernilai tinggi kepada masyarakat pada masa akan datang IsyaALLAH.

Dengan ini kami dari warga pasti as-syakirin amatlah mengharapkan sokongan serta dorongan yang berterusan dari phak tuan/puan bagi mencapai misi dan visi kami dalam meneruskan usaha dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh bagi tahun seterusnya .

Akhir kata dari kami warga pasti as-syakirin mengalu-alaukan serta mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan program kami ini sedari dari awal hingga kini , hanya tuhan sahajalah yang akan membalas jasa anda semua . Kami juga memohon berbanyak kemaafan sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dari pihak kami .

Dengan ini saya sudahi ucapan saya ini dengan wabillahi taufiq wal hidayah , Assalamualaikum warahmatullai wabarakatuh .

0 comments:

Post a Comment