Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, June 9, 2009

Awasi anak-anak

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan penerbitan buku cerita untuk kanak-kanak yang berunsurkan dakyah Kristian.Ini merupakan usaha yang dilakukan oleh pihak tersebut untuk menyesatkan kanak-kanak yang beragama Islam di Malaysia ini.

Malah aktiviti mereka bukan sekadar mendekati anak-anka kecil tetapi juga remaja yang kini dambang keruntuhan akhlak.Situasi ini menjadikan pergerakan kristianisasi semakin rancak tanpa ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan.

Didalam keghairahan umat Islam di Malaysia ini mengejar kemajuan sehingga terlupa gerakan Kristianisasi ini semakin rancak mengikuti rentak kesibukan masyarakat Islam terutama para remaja dan ank-anak kecil .
Serangan melalui pemikiran merupakan asas dakyah mereka untuk memesongkan akidah umat Islam di Malaysia.Kita boleh melihat bagaimana perubahan yang ketara berlaku dikalangan remaja diperingkat sekolah menengah mahupun IPTA/IPTS.Perkara itu sudahpun terbukti ketika beberapa kumpulan daripada Parti Islam Semalaysia (PAS) menjalankan aktiviti pemantauan dan cuba menghalang pergerakan tersebut.Beberapa angka yang telah berjaya didapati melalui pihak yang bertanggungjawab bagi mengesahkan perkara itu sememangnya berlaku didalam masyarakat .Berapa ramai masyarakat Islam Melayu telahpun murtad dan ini menunjukkan bahawa gerakan tersebut telah berjaya menjalankanmisi mereka.

Didalam menangani permasalahan yang mengakibatkan akidah umat Islam Malaysia,apakah peranan kita dalam menyelesaikan masalah ini.Baru-baru ini Laporan dari beberapa penduduk Seremban Jaya, Senawang bahawa mereka mendapati pendakyah agama Kristian mempergiatkan usaha mengedar risalah berbentuk cerita komik yang dilihat mampu memesongkan akidah remaja Islam.

Menurut seorang penduduk, Mohamad Zakir Shuhaimi, pendakyah ini cuba mempengaruhi pemikiran anak remaja Islam supaya terpesong daripada akidah agama dengan kisah yang dipaparkan dalam komik tersebut.

Hingga kini Mohamad Zakir dan beberapa rakan berjaya mengumpul sejumlah 45 buah komik daripada beberapa remaja yang mendakwa menerima komik tersebut dari orang yang tidak dikenali ketika berjalan-jalan di Dataran Senawang.

Azizi Abdul Shakur pula berkata, komik tersebut mengisahkan tentang ajaran Kristian dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.

Naskhah komik itu lebih menarik dengan susunan ayat dan manipulasi kisah bersumber alkitab dan kisah Nabi Isa dan Adam yang telah diputarbelitkan, kata Azizi.

Komik yang diterbitkan sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di Kanada itu turut diedar di beberapa taman sekitar Ampangan dan Paroi, kata Azizi yang mendapat maklumat daripada beberapa teman yang tinggal di dua kawasan tersebut.

"Kami sebagai penduduk di sini bimbang jika anak-anak kami terpengaruh dengan dakyah ini. Kami mahu pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) dan mufti mengambil tindakan menyiasat gerakan pendakyah ini," katanya.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohammed Omar yang ditemui semalam berkata, Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS) kini sedang mengumpul maklumat kegiatan pendakyah tersebut.

Malah katanya, maklumat awal yang diperolehi telah disalurkan kepada beberapa individu tertentu yang berada dalam Mains untuk disiasat pihak berkenaan.

Zulkifli menasihatkan ibu bapa dan remaja supaya lebih berhati-hati dengan penyebaran komik tersebut yang dilihat boleh menggugat akidah remaja, kanak-kanak dan dewasa Melayu Islam.

saya juga pernah terbaca salah satu komik berunsur begini dan Nauzubillah memang berbahaya.. sekarang ni pun dengar cerita masih ada lagi pengedaran komik seumpama ini termasuklah risalah2 malah makin berleluasa

Apa yang paling mengejutkan kebelakangan ini ialah muncul s[esis yang menggelarkan Sister In Islam yang mana kumpulan tersebut telah dikepalai oleh orang melayu yang menyatakan dirinya Islam.Kumpulan ini telah menununjukkan bahawa merekka telah sesat dengan menyatakan hukum berkenaan wanita didalam Islam adalah tidak adik dan cuba memindanya mengikut kepala otak mereka sendiri.Perkara ini di war-watrkan dalam media massa dengan luasnya tanpa ada tindakan diambil oleh pihak kerajaan.Para Ulama kerajaan hanya berdiam diri bisu seribu bahasa.Perkara ini mestilah dipandang dengan sensitif oleh masyarakat Islam Malaysia agar iany7a tidak terlambat kerana perkara ini akan meninggalkan kesan terhadap generasi umat Islam Malaysia akan datang.

0 comments:

Post a Comment