Sunday, February 22, 2009
Majlis Tahunan ( Ihtifal)
Majlis ini adalah merupakan majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar- pelajar cemerlang.Majlis ini juga merupakan majlis tahunan bagi Pasti As-Syakirin.Kebiasaanya majlis ini diadakan secara biasa dan hanya menjemput ibu-bapa serta guru.Sejak kebelakangan ini pihak pengurusan mula mengadakan secara komersial supaya semua aktiviti yang diadakan di Pasti dapat dikongsi bersama para penyumbang dan juga masyarakat setempat.Kos untuk mengadakan majlis ini agak besar kira-kira 3 ribu ringgit di gunakan untuk membuat segala persiapan.Jamuan untuk hadirn turut disediakan.Sambutan kehadiran amatlah menggalakkan terutama dari pihak ibu-bapa.Walau bagaimanapun masih ada segilintir bapa yang masih segan untuk datang melihat aktiviti yang diadakan.Diantara aktiviti yang diadakan Bacaan Al-Quran,Persembahan Nasyid,Ucapan dalam 2 bahasa,persembahan fesyen kanak-kanak islam,slideshow sinopsis tahunan serta hebahan berkenaan aktiviti yang diadakan sepanjang tahun.Tujuan hebahan ini adalah untuk menjelaskan berkenaan sumbangan yang di berikan dan juga untuk menampakkan usahan jawatan kuasa kerja didalam membangunkan pasti. Respon daripada orang ramai amat menggalakkan terutama ketika melihat telatah pelajar ketika berada diatas pentas.emoga apa yang diadakan ini mampu memberi dorongan kepada masyarakat untuk turut memberi sokongan demi pembangunan institusi Pasti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment